Hormati tugas penjawat awam

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

SEMALAM Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang dan mengganggu tugas pihak berkuasa.

Ia ekoran tindakan sekumpulan individu menghalang dan dan melakukan provokasi terhadap 50 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia di Batu Caves sehingga menimbulkan ketegangan.

Video kejadian berdurasi sekitar dua minit yang tular di media sosial itu mengundang rasa tidak senang masyarakat dan wajar dikenakan hukuman setimpal kerana tidak menghormati tugas penjawat awam.

Pihak berkuasa atau penguat kuasa tersebut hanya menjalankan tugas mereka mengikut bidang tugas dan fungsi mereka. Tidak wajar mereka dihalang, dikasari atau sehingga berlaku sentuhan fizikal. Insiden seperti di atas tidak akan berlaku kalau masyarakat menghormati tugas penjawat awam.

Jika kita melakukan sebarang kesalahan dan tindakan diambil oleh mana-mana penjawat awam, adalah lebih baik kita memberikan kerjasama atau membenarkan kita membuat tugas. Sekiranya kita tidak melakukan kesalahan, sudah tentu mereka tidak akan mengambil tindakan terhadap kita.

Seseorang yang menghalang tugas penjawat awam boleh didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebagai iktibar atau pengajaran kepada semua, mana-mana individu yang menghalang tugas penjawat awam perlu dikenakan tindakan berat atau setimpal.

Sekiranya ada masalah, ia boleh berbincang dan diselesaikan dengan baik dan matang kerana mereka juga bertimbang rasa dan boleh bertolak-ansur.

Artikel Berkaitan:

Kepada penjawat awam, hadapi apa juga situasi dengan profesional dan sabar kerana integriti dan kelakuan penjawat awam sentiasa diperhatikan.

Tambahan pula dalam zaman ‘CCTV bergerak’ pada hari ini, kesilapan dan kesalahan penjawat awam sering dicari.