Aksem rampas rokok bernilai RM2.7 juta

Sebanyak 13,550 karton rokok bernilai RM2,709,200 rokok dirampas anggota Aksem di Sungai Petani.
Sebanyak 13,550 karton rokok bernilai RM2,709,200 rokok dirampas anggota Aksem di Sungai Petani.
A
A
A

KUALA PERLIS - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis merampas 13,550 karton rokok bernilai RM2,709,200 yang cuba diseludup ke negeri ini pagi tadi.

Komander Aksem Chuping, Asisten Superintendan Azizan Saman berkata, rampasan dibuat selepas menerima maklumat dan hasil risikan dua jam bermula jam 4 pagi ke atas sebuah lori yang diletakkan di lot parkir awam Jalan Indah 2, berhampiran sebuah hotel di Sungai Petani.

"Lori muatan 3 tan rokok dipercayai dijual antara RM5 hingga RM8 sekotak di pasaran itu diletakkan dalam keadaan tidak berkunci dan kita dapati tiada individu yang cuba untuk mendekati lori.

"Kesemua rampasan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967," katanya kepada sidang media di Komplek Aksem Kuala Perlis hari ini.

Azizan (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas dalam serbuan itu.
Azizan (tengah) menunjukkan rokok yang dirampas dalam serbuan itu.

Artikel Berkaitan: