Gajah sembelit, doktor keluarkan 50kg najis

Kiettisak memakai sarung tangan plastik sebelum memasukkan tangannya ke dalam rektum gajah jantan bagi mengeluarkan kotoran. - Foto ViralPress
Kiettisak memakai sarung tangan plastik sebelum memasukkan tangannya ke dalam rektum gajah jantan bagi mengeluarkan kotoran. - Foto ViralPress
A
A
A

CHIANG MAI - Seorang doktor haiwan terpaksa memasukkan tangannya ke dalam rektum seekor gajah jantan selepas haiwan itu mengalami sembelit di Chiang Mai, Thailand.

Gajah bernama Boon Peng berusia 60 tahun itu dikesan mengalami masalah pada abdomen dan sukar untuk bergerak sehingga pemiliknya merujuk kepada doktor veterinar untuk rawatan lanjut, lapor Daily Mail.

Doktor veterinar, Kiettisak Kaweakn perlu memakai sarung tangan plastik sebelum memasukkan tangannya ke dalam rektum gajah itu bagi mengeluarkan najis seberat 50 kilogram (kg).

Penjaga kem, Anchalee Kalamaphichit berkata, punca gajah itu mengalami sembelit kerana telah makan rumput segar di kawasan padang berhampiran berbeza dengan rutin hariannya yang hanya makan rumput kering khas.

Katanya, metabolisme Boon Peng sangat perlahan dan mengundang kepada masalah sistem pencernaan.

"Sistem pencernaan dan metabolisme yang perlahan menyebabkan rumput dimakan sukar untuk dihadam, tambahan pula gajah ini sudah berusia berbeza dengan gajah muda yang boleh hadam jika makan rumput segar.

"Jika tidak keluarkan najis itu, gajah ini boleh sakit dan kita percaya Kiettisak mampu melakukannya," katanya.

Artikel Berkaitan: