Belum ada kata putus gabung UMT-UniSZA

No Image Caption
A
A
A

KUALA NERUS - Isu penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) masih belum diputuskan dan setakat ini perkara itu masih di peringkat perbincangan.

Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, perkembangan itu dimaklumkan ketika pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Kunjungan Hormat Naib Canselor Universiti Awam di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada 13 Februari lalu.

"Tun (Dr Mahathir) ada beritahu saya bahawa perkara itu perlu dibincangkan lagi. Sebarang keputusan perlu ada sesi konsultasi, mengukur kos dan benefit (keuntungan) dari segi cadangan dan akan mengambil sedikit masa.

"Ada banyak perkara yang perlu dipertimbangkan,” katanya selepas menghadiri Program Perhimpunan Warga Staf dan Pelajar Bil 2 Tahun 2020, di Dewan Sultan Mizan, UMT, di sini hari ini.

Nor Aeini ketika berucap sempena Program Perhimpunan Warga Staf dan Pelajar Bil 2 Tahun 2020, di Dewan Sultan Mizan, UMT di sini hari ini.
Nor Aeini ketika berucap sempena Program Perhimpunan Warga Staf dan Pelajar Bil 2 Tahun 2020, di Dewan Sultan Mizan, UMT di sini hari ini.

Pertemuan bersama warga universiti itu adalah kali pertama selepas Nor Aieni kembali menjalankan tugas sebagai Naib Canselor universiti itu pada 13 Februari lalu selepas direhatkan pada 30 Disember 2019.

Menurut Nor Aieni, dia bersyukur dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus menerajui universiti itu sehingga tempoh ditetapkan pada 12 April ini berdasarkan kontrak asal bagi tempoh perkhidmatan diberikan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Nor Aieni enggan mengulas lanjut berhubung alasan kukuh terhadap keputusan untuk merehatkannya daripada tugas itu sebelum ini.

"Apa yang saya boleh katakan ialah saya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada saya untuk kembali menyambung tugas.

“Saya harap tempoh masa perkhidmatan yang masih berbaki ini dapat saya gunakan sebaik mungkin bagi memastikan segala program dirancang bagi tahun 2020 dapat diteruskan demi kebaikan universiti dan pelajar,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gabung universiti: UniSZA, UMT mulai positif

Gabung universiti: UMT, UniSZA sebagai perintis?

Agong sokong penggabungan UniSZA, UMT