Lelaki tawar RM103,537 kepada pencari jodoh

Jeff Gebhart menawarkan (RM103,537) kepada mana-mana individu bagi membantunya mencari teman wanita. - Foto: Fox News
Jeff Gebhart menawarkan (RM103,537) kepada mana-mana individu bagi membantunya mencari teman wanita. - Foto: Fox News
A
A
A

KANSAS - Seorang lelaki menawarkan sejumlah AS$25,000 (RM103,537) kepada mana-mana individu bagi membantunya mencari teman wanita.

Jeff Gebhart, 47, yang merupakan seorang usahawan memuat naik kenyataan itu di laman web https://datejeffg.com/ pada Ahad lalu sehingga tular di laman sosial, lapor Kompas.

Di laman web ini, Jeff menceritakan kisah perjalanannya selain mahu mencari wanita tepat buat dirinya walau di mana berada.

Usaha pencarian itu telah dilaksanakan sejak enam bulan lalu dan setakat ini kira-kira 60 peratus permohonan telah diterima.

Bagaimanapun, katanya, wanita-wanita berkenaan tidak layak menerima wang tersebut kerana menawarkan diri sebagai teman wanita bukannya pencari jodoh.

Bercerita tentang kisah percintaannya, Jeff tidak pernah berkahwin atau bertunang namun pernah memiliki hubungan istimewa dalam tempoh yang lama.

Jeff tidak memiliki anak sebaliknya memelihara seekor anjing bernama Gunner.

Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah, teman wanita itu perlu bersamanya selama 365 hari dan barulah pencari jodoh itu akan menerima wang tersebut secara berinsurans.

Artikel Berkaitan:

Dia memberitahu, wang berkenaan akan diberikan secara insurans sebanyak lima kali dengan jumlah AS$5,000 (RM20,707).

Bukan itu sahaja, syarat lain dikemukakan Jeff termasuk bakal teman wanita tidak boleh menuntut sebarang wang daripadanya selama bercinta.