Pemandu rempuh kereta polis negatif alkohol

Keadaan kereta peronda polis yang dirempuh di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pagi tadi.
Keadaan kereta peronda polis yang dirempuh di Lebuhraya Persekutuan, di sini, pagi tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Pemandu kereta jenis Nissan Teana yang melanggar kereta peronda polis di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur, pagi tadi, didapati negatif alkohol.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, pemandu berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

"Ujian saringan air kencing terhadap pemandu itu didapati negatif (alkohol)," katanya melalui kenyataan media, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu disyaki mabuk rempuh kereta peronda polis

Dalam kejadian sekitar jam 4.05 pagi itu, kereta peronda polis dilanggar sebuah kereta jenis Nissan Teana yang dipandu seorang lelaki ketika dua anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Kelana Jaya sedang bertugas memberi bantuan kepada pemandu Proton Satria yang terbabit dalam kemalangan.

Azman memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: