Ibu Linda, Diana meninggal dunia

Linda & Diana Rafar
Linda & Diana Rafar
A
A
A

IBU kepada penyanyi Linda dan Diana Rafar, Rasimah Abd Rahman, 73, telah meninggal dunia sekitar pukul 9.30 malam, di Hospital Shah Alam, akibat pelbagai komplikasi penyakit.

Berita tersebut dikongsikan Linda menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sebuah video yang merakamkan saat dia bersama bersama arwah ibunya.

“Al-Fatihah. Ya Allah.. Ampunilah ratu hatiku Rasimah binti Abd Rahman, limpahkanlah rahmat ke atas roh nya. Muliakanlah tempatnya, luaskanlah, terangilah dan harumkanlah persemadiannya,” luahnya.

No Image Caption

Sementara itu, Diana juga melakukan perkara yang sama di laman Instagramnya, di samping memanjatkan doa buat arwah ibunya itu.

“Selamat tinggal mak... Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa mak. Tenanglah mak kat sana ya. Kita semua sayang mak. Al Fatihah Rasimah binti Abd Rahman,” tulis Diana.

Jenazah telah dibawa ke rumah Linda di Shah Alam pada tengah malam tadi. Solat jenazah akan diadakan pada pagi Sabtu di Surau Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan berdekatan

Terdahulu sebelum itu, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital dan tangan kirinya terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada Disember lalu.

Artikel Berkaitan: