PRK Parlimen Cameron Highlands titik kebangkitan BN

Mohd Fakaaruddin Ismail
Mohd Fakaaruddin Ismail
A
A
A

MACHANG - PRK Parlimen Cameron Highlands penting sebagai titik mula kebangkitan BN sekali gus menamatkan masalah politik yang dihadapi parti itu selepas tewas pada PRU14 lalu.

Ketua Pemuda Umno Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Ismail berkata, BN perlu mempertahankan kerusi tersebut bukan kerana untuk menang semata-mata tetapi lebih penting bangkit daripada kegagalan yang lalu.

Menurutnya, BN mempunyai kekuatan yang tersendiri bagi mempertahankan kerusi tersebut malah dapat dilihat dengan jelas calon Bekas Penolong Pesuruhjaya Polis, Ramli Mohd Nor mampu mendukung parti.

“Suka untuk saya katakan jika sebelum ini kebiasaannya parti yang mendukung calon tetapi kini calon yang harus mendukung parti, calon merupakan faktor penting dan bukannya parti

"Semua pihak perlu menggembleng tenaga dan buah fikiran bagi sama-sama membantu memastikan kerusi tersebut tetap menjadi milik BN,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: