Bekas pemimpin UMNO tewas di Tanjung Malim

Saiful Adli (tengah) mengumumkan keputusan pemilihan Bersatu Bahagian Tanjung Malim pada jam 1.50 pagi tadi.
Saiful Adli (tengah) mengumumkan keputusan pemilihan Bersatu Bahagian Tanjung Malim pada jam 1.50 pagi tadi.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Kamarul Rashdan Salleh tewas pada pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Malim dalam perebutan jawatan ketua bahagian.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mohd Amran Ibrahim kini menjadi Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Malim yang baharu selepas mendapat 424 undi berbanding Kamarul Rashdan yang memperoleh 134.

Sementara itu, Datuk Mohamed Azni Mohamed Ali yang tidak mempertahankan jawatan sebagai ketua bahagian itu pada pemilihan kali ini turut menang bagi jawatan pengerusi tetap dengan 434 undi berbanding lawannya, Syalleh Ishak dengan 115 undi.

Bagi jawatan timbalan ketua bahagian dan naib ketua bahagian masing-masing dimenangi Mohamad Zairi Yusof dan Baharom Abdullah.

Ketua Armada Bersatu Bahagian Tanjung Malim pula dimenangi Azirul Syafiq Sazali dengan 149 undi menewaskan pencabarnya, Zulkarnain Kamaldin dengan 38 undi.

Manakala bagi ketua Srikandi Bersatu yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru dimenangi Siti Azelina Abdul Manap menewaskan Hayati Kamaruddin dan Sayang Zainab Mohamed Rani.

Pengumuman keputusan pemilihan Bersatu Bahagian Tanjung Malim dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan (JPP) Bersatu Perak, Saiful Adli Mohd Arshad pada jam 1.50 pagi tadi.

Artikel Berkaitan: