Warna-warni personaliti berhijab

DARI KIRI: Faezah, Lisa dan Aina tampak segar dan funky dengan permainan rona kontra.
DARI KIRI: Faezah, Lisa dan Aina tampak segar dan funky dengan permainan rona kontra.
A
A
A

SEMPENA HARI HIJAB SEDUNIA 2020

SETIAP wanita sentiasa ingin tampil cantik. Baik berhijab mahupun tidak, bagi yang skeptikal tentang keterampilan, tatkala keluar rumah pasti akan memastikan penampilan diri.

Dari hujung rambut hingga hujung kaki, golongan itu mahu kelihatan kemas dan stailo mengikut trend semasa.

Namun begitu, apabila berbicara soal fesyen dan tatarias, sesetengah wanita berhijab dikatakan malu untuk bergaya berlebihan. Bimbang stail yang dipraktikkan tidak bersesuaian dengan imej bertudung.

Persoalannya, siapa kata imej berhijab tidak membolehkan para Muslimah bergaya? Sebenarnya boleh saja asalkan bijak memilih konsep suai dan padan yang menarik, namun sopan.

Selain itu, buat wanita berhijab di luar sana lupakan seketika selendang, blaus atau gaun rona gelap seperti hitam, kelabu dan coklat.

Tiada salahnya sekali-sekala menggayakan item fesyen warna kontra dan terang yang secara tidak langsung inisiatif itu menyuntik mood penampilan ceria.

Tiada idea? Jangan bimbang kerana segmen #OOTD minggu ini berkongsi koleksi foto selebriti berhijab yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram peribadi mereka.

Artikel Berkaitan:

Biarpun bertudung, para selebriti tempatan bijak bereksperimentasi. Ramai yang berani menyarungkan busana palet rona terang ketika menghadiri majlis hiburan, program televisyen, bersantai ataupun bercuti.

Pelakon jelita Rozita Che Wan misalnya, masih kelihatan menawan walaupun hanya menyarungkan busana polos rona ungu tatkala bercuti di Kazakhstan baru-baru ini.

Bersesuaian dengan musim sejuk di negara terbabit, Rozita atau Che Ta menerapkan konsep suai padan jaket berbulu warna ungu gelap bersama baju-T (turtle neck), turban dan but paras lutut.

DARI KIRI: Fouziah, Hanis dan Rozita masih kelihatan anggun dan elegan meskipun menggayakan busana polos.
DARI KIRI: Fouziah, Hanis dan Rozita masih kelihatan anggun dan elegan meskipun menggayakan busana polos.

Kasual sopan

Sementara itu, bagi wanita yang gemarkan gaya kasual sopan, barangkali fesyen diterapkan pelakon dan usahawan, Faezah Elai boleh dijadikan rujukan ideal.

Kombinasi skirt jalur warna biru bersama blaus lengan panjang, sneakers dan tudung siap pakai menutupi dada berjaya menyerlahkan gaya muda dan segar.

Buat wanita berkerjaya profesional, eksekutif dan usahawan yang ingin tampak formal, tapi tetap sofistikated, tiru sahaja gaya selebriti, Datin Fouziah Gous.

Sut tuksedo polos warna ungu mengikut potongan badan diserlahkan dengan gabungan selendang ungu gelap, turtle neck dan sepatu tinggi warna lembut.

Dalam pada itu, khas buat wanita berhijab yang meminati gaya warna kontra, pelakon Lisa Surihani dan penyanyi Aina Abdul mempamerkan stail berkenaan.

Siapa sangka gabungan skirt corak kotak dan blaus rona merah jambu terang bertatah hiasan flora pada bahagian bahu menyuntik paduan fesyen yang serasi.

TALI pinggang warna biru firus menyerlahkan stail pengacara, Farah dalam sut kotak nuansa merah jambu.
TALI pinggang warna biru firus menyerlahkan stail pengacara, Farah dalam sut kotak nuansa merah jambu.