X

Kindly register in order to view this article
!

Polis kesan suspek curi beg dalam masjid

Rakaman CCTV mendapati suspek mencuri beg ketika mangsa sedang solat di sebuah masjid di Sungai Besi.
A
A

CHERAS - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi beg tangan di sebuah masjid di Sungai Besi, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

"Hasil semakan CCTV mendapati suspek mencuri beg tangan ketika mangsa sedang solat," katanya melalui kenyataan media, malam tadi.

Mohamed Mokhsein berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Mangsa menyedari kejadian itu apabila mendapati beg tangan yang diletakkan berhampirannya telah tiada," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf