Empat penjuru di PRK Cameron Highlands

- Foto SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A

CAMERON HIGHLANDS - PRK Parlimen Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, BN dan Bebas.

Senarai calon diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, Datuk Ishak Md Napis selepas tamat tempoh proses penamaan calon di dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, di sini, hari ini.

Penyandang kerusi ini iaitu BN mencalonkan Ramli Mohd Nor yang merupakan bekas pegawai kanan polis.

PH pula mempertaruhkan M Manogaran yang pernah tewas dua kali itu dalam PRU14 dan PRU13 lalu.

Manakala, dua calon Bebas membuat kejutan turut bertanding iaitu Wong Seng Yee dan Salehuddin Ab Talib.

Tan Sri M Kayveas yang sebelum ini mengumumkan bakal bertanding menarik diri sebagai calon Bebas sebaliknya berpendirian menyokong PH.

Kerusi Parlimen Cameron Highlands dikosongkan selepas kemenangan penyandangnya, Datuk C Sivaraajh dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam PRU lalu, Sivaraajh menang dengan 10,307 undi menewaskan empat calon lain, Manogaran - PH (97,10), Wan Mahadir Wan Mahmud-Pas (3,587), B.Suresh Kumar-PSM (680) dan Mohd Tahir Kassim-Bebas (81)

Pengundi Parlimen Cameron Highlands bakal membuang undi 26 Januari ini bagi menentukan wakil rakyat baharu.