Laman web antikerajaan diarah beri amaran siar berita palsu

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SINGAPURA - Singapura memerintahkan sebuah laman web antikerajaan di Facebook untuk memberi amaran kepada pembacanya bahawa ia sering menyiarkan berita palsu.

Ia adalah kali pertama pihak berkuasa mengambil tindakan sedemikian di bawah undang-undang berita palsu yang berkuat kuasa pada Oktober lalu.

Undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri untuk mengawal ketat dan mengarahkan platform internet supaya memberi peringatan tentang berita palsu yang disiarkan.

Bagaimanapun, aktivis dan penyedia gergasi seperti Facebook khuatir ia boleh menyekat kebebasan bersuara.

Sebelum ini, pihak berkuasa beberapa kali memaksa pembetulan pada siaran dalam talian individu tetapi kini entiti pula diarahkan memberi amaran kepada pembaca tentang berita palsu yang sering disiarkan.

"States Times Review (STR) telah dinamakan sebagai Lokasi Dalam Talian Yang Diisytiharkan (DOL) kerana berulang kali menerbitkan berita palsu sejak November lalu.

"Ini bermakna STR perlu mengeluarkan notis amaran pemberitahuan bahawa ia mempunyai sejarah komunikasi palsu. Notis itu bertujuan mendorong pembaca untuk melakukan pemeriksaan fakta tambahan ketika mengakses laman tersebut," kata kerajaan dalam satu kenyataan. - AFP

Artikel Berkaitan: