Kostum zirafah ganti topeng muka

Wanita menyarung kostum zirafah untuk ke hospital bagi mengambil ubat bapanya mencuri perhatian netizen.
Wanita menyarung kostum zirafah untuk ke hospital bagi mengambil ubat bapanya mencuri perhatian netizen.
A
A
A

LUZHOU - Seorang wanita terpaksa menggunakan kostum zirafah berikutan bekalan topeng muka kehabisan stok.

Wanita yang dikenali sebagai He itu berkata, dia membeli kostum tersebut minggu lalu bagi menggantikan topeng muka, lapor Daily Star.

Rakaman lucu menunjukkan dia memakai kostum itu tular di laman sosial menerusi Pear video hingga menarik perhatian netizen.

Dia dikatakan berkunjung ke hospital bagi mendapatkan ubat buat bapanya yang mengalami masalah pernafasan.

Memandangkan dia antara ahli keluarga yang sihat, dia secara sukarela untuk pergi ke hospital bagi mengambil ubat bapanya.

Difahamkan, kini rakyat China terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk melindungi anggota badan mereka daripada dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Dalam pada itu, kilang di negara tersebut bekerja sepanjang masa untuk menghasilkan kira-kira 20 juta topeng muka setiap hari.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Koronavirus: Botol air jadi topeng muka di China

Artikel Berkaitan:

Koronavirus: Lelaki terdesak guna tuala wanita ganti topeng muka