Trump ucap terima kasih kepada Kemboja

Lima negara sebelum ini menolak permohonan kebenaran berlabuh MS Westerdam menyebabkan kapal persiaran itu tersadai di laut selama dua minggu.
Lima negara sebelum ini menolak permohonan kebenaran berlabuh MS Westerdam menyebabkan kapal persiaran itu tersadai di laut selama dua minggu.
A
A
A

SIHANOUKVILLE - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada Kemboja kerana menerima kapal persiaran MS Westerdam untuk berlabuh di perairan negara itu.

Sebelum Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, bersetuju penumpang kapal tersebut boleh turun di pelabuhan Sihanoukville, lima negara menolak ketibaan MS Westerdam kerana bimbang sekiranya ada dalam kalangan mereka dijangkiti koronavirus (Covid-19).

"Terima kasih kepada negara Kemboja yang indah kerana menerima kapal @CarnivalCruise ship Westerdam ke pelabuhan anda. AS akan sentiasa mengingati jasa baik kamu," tulis Trump di Twitternya awal pagi tadi.

Westerdam yang dikendalikan Carnival Corp, unit Holland America Inc, tiba di pelabuhan Sihanoukville kelmarin selepas tersadai di laut selama dua minggu.

Sementara itu, Kedutaan AS hari ini memaklumkan rakyat negara itu yang terkandas dalam kapal persiaran terbabit akan dibawa pulang ke tanah air.

Bagaimanapun, kedutaan memberi amaran mereka yang pulang perlu dikuarantin selama 14 hari sejurus tiba di AS. - Agensi

Artikel Berkaitan: