Kaset hilang dua dekad ditemui di pameran seni

Kaset miliki Stella yang hilang ketika bercuti di pantai Sepanyol ditemui semula ketika berkunjung ke pameran seni di Sweden. - Foto Metro.co.uk
Kaset miliki Stella yang hilang ketika bercuti di pantai Sepanyol ditemui semula ketika berkunjung ke pameran seni di Sweden. - Foto Metro.co.uk
A
A
A

SWEDEN - Seorang wanita menjumpai semula kaset rakaman lagu miliknya yang hilang ketika percutian keluarganya di Sepanyol pada tahun 1993.

Stella Wedell berkata, ketika usia 12 tahun, kaset lagu itu antara kegemarannya dan pasti mengingati setiap bait lagu di dalamnya, lapor Metro.co.uk.

"Kaset itu hilang ketika bercuti di pantai sama ada di Costa Brava atau di Majorca.

"Saya memang tidak menaruh harapan tinggi untuk menemui semula kaset itu tetapi ketika berkunjung di pameran seni seorang artis, Mandy Barker di Sweden, sepertinya saya temui kaset yang telah hilang hampir 25 tahun itu," katanya.

Menurutnya, ketika membaca senarai lagu dimuat naik dalam kaset itu, ia kelihatan dekat dengannya.

"Jadi saya mengambil gambar itu dan membandingkannya dengan original CD dari tahun 1993.

"Saya masih ingat bahawa saya tidak suka dua lagu pertama dari kaset tersebut.

"Mengakui itu kaset milik saya yang hilang, saya menghantar e-mel kepada Mandy untuk maklumkan perkara tersebut. Dia pun terkejut tidak sangka kaset dijumpai di pantai adalah milik saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kata Stella, Mandy merupakan jurugambar profesional menjumpai kaset tersebut di Kepulauan Canaray pada tahun 2017.

"Mandy salah seorang pencinta alam dan gemar seni foto, dia ke Canaray untuk merakam gambar sisa-sisa sampah yang dijumpai di pantai tersebut.

"Dia terjumpa kaset itu yang kemudiannya menghantar untuk dibaiki. Alangkah terkejut, kaset itu masih boleh digunakan," katanya.

Antara lagu dimuat naik dalam kaset itu seperti Somebody Dance With Me – DJ BoBo, Would I Lie To You? – Charles & Eddie dan The Jungle Book Groove – Disney Cast.