Tiga maut, 23 cedera nahas bas di Ottawa

Bas dua tingkat OC Transpo melanggar sebuah hentian transit dan menyebabkan kematian tiga mangsa.- Foto ottawacitizen.com
Bas dua tingkat OC Transpo melanggar sebuah hentian transit dan menyebabkan kematian tiga mangsa.- Foto ottawacitizen.com
A
A
A

OTTAWA - KANADA.Tiga maut manakala 23 yang lain cedera apabila sebuah bas dua tingkat yang dipenuhi penumpang merempuh sebuah hentian transit ketika waktu puncak di Ottawa, semalam.

Bas dua tingkat OC Transpo melanggar sebuah hentian transit dan menyebabkan kematian tiga mangsa.- Foto ottawacitizen.com
Bas dua tingkat OC Transpo melanggar sebuah hentian transit dan menyebabkan kematian tiga mangsa.- Foto ottawacitizen.com

Ketua polis Charles Bordeleau berkata, pemandu bas berkenaan yang juga seorang wanita telah ditahan, dan punca nahas yang berlaku di Stesen Westboro terletak di kawasan kejiranan barat pusat bandar Ottawa itu juga masih disiasat.

Menurut saksi kejadian yang berlaku pada sekitar jam 3.50 petang waktu temmpatan, bas itu dikatakan membelok secara tiba-tiba sebelum melanggar hentian berkenaan.

Sementara itu, Datuk Bandar Jim Watson memaklumkan, dua mangsa yang meninggal dunia merupakan penumpang bas manakala seorang lagi mangsa maut di hentian terbabit.

Hospital Ottawa pula melaporkan menerima sembilan mangsa dalam keadaan kritikal susulan insiden membabitkan bas OC Transpo itu. - ABC NEWS/ottawacitizen.com

Artikel Berkaitan: