X

Kindly register in order to view this article
!

Sonic The Hedgehog realisasikan impian peminat

Sonic The Hedgehog
A
A

FILEM yang dinanti-nantikan oleh peminat, Sonic The Hedgehog akhirnya ditayangkan di pawagam selepas ditangguhkan beberapa bulan lalu.

Ia berikutan trailer filem berkenaan menerima kritikan negatif daripada peminat berikutan watak Sonic yang tidak kelihatan serupa dengan watak dalam permainan video.

Pengarah filem itu, Jeff Fowler, akhirnya membuat kenyataan dan memberitahu bahawa pihak Paramount dan Sega akan melakukan perubahan untuk menjadikan watak Sonic dalam versi yang terbaik.

Ternyata, pihak produksi mengotakan janji mereka apabila watak Sonic kali ini tampak jauh lebih baik dan paling penting sama seperti yang ditampilkan dalam permainan video.

Sedikit info mengenai Sonic The Hedgehog, ia diadaptasi daripada permainan video popular SEGA, filem CGI dan live-action ini berkisarkan mengenai seekor landak biru antropomorfik, Sonic (suara Ben Schwartz) melarikan diri daripada ditangkap oleh Dr Robotnik (Jim Carrey) yang merancang untuk menguasai dunia menggunakan kuasanya.

Sonic mempunyai kuasa larian sepantas kilat dan pembekuan masa. - Foto United International Pictures Malaysia
Sonic mempunyai kuasa larian sepantas kilat dan pembekuan masa. - Foto United International Pictures Malaysia

Sonic kemudian bekerjasama dengan Tom Wachowski (James Marsden), seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana, untuk menentang Dr. Robotnik.

Pada pandangan penulis, jalan cerita filem ini tidak terlalu berat atau memeningkan kepala. Penonton akan dihidangkan dengan kisah Sonic ketika kecil sehinggalah usahanya menyelamatkan dunia dengan bantuan Tom.

Biarpun ada sedikit kelemahan daripada sudut plot, namun ia tidak terlalu menonjol atau mencacatkan jalan cerita. Ia masih sebuah filem yang berbaloi ditonton tidak kira oleh golongan dewasa atau pun kanak-kanak.

Lakonan mantap setiap pelakon juga secara tidak langsung mencantikkan lagi jalan cerita filem ini. Melihat kemunculan semula Jim Carrey juga sangat menarik dan watak Dr Robotnik sangat sesuai dengan karakter gila-gilanya.

Jim Carrey tampil dengan lakonan berkesan sebagai Dr Ronotnik. - Foto United International Pictures Malaysia
Jim Carrey tampil dengan lakonan berkesan sebagai Dr Ronotnik. - Foto United International Pictures Malaysia

Kenapakah Dr Robotnik bertukar menjadi lelaki botak yang jahat, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini bagi mendapatkan jawapannya. - Foto United International Pictures Malaysia
Kenapakah Dr Robotnik bertukar menjadi lelaki botak yang jahat, jangan lupa untuk menyaksikan filem ini bagi mendapatkan jawapannya. - Foto United International Pictures Malaysia

Antara lain yang menarik tentunya kesan khas dan seperti yang penulis katakan sebelum ini, figura Sonic itu sendiri dihasilkan jauh lebih baik daripada yang dipaparkan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, daripada set, kenderaan, kecanggihan senjata dan beberapa lagi kesan khas lain dihasilkan begitu kemas dan kelihatan benar-benar wujud.

Tidak hanya memaparkan aksi dan misi Sonic semata-mata, mesej utama yang cuba disampaikan di dalam filem ini adalah mengenai persahabatan yang wujud antara dua latar kehidupan yang berbeza.

Secara keseluruhan, bagi anda peminat permainan video, jangan lupa saksikan filem ini di pawagam dan ia juga sesuai ditonton bersama seisi keluarga.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!