Wanita syukur selamat selepas terperosok bawah SUV

Tindakan pantas orang ramai menyebabkan seorang wanita hanya mengalami cedera ringan selepas terperangkap di bawah SUV dalam satu kemalangan di New York, baru-baru ini.
Tindakan pantas orang ramai menyebabkan seorang wanita hanya mengalami cedera ringan selepas terperangkap di bawah SUV dalam satu kemalangan di New York, baru-baru ini.
A
A
A

NEW YORK - Seorang wanita hanya mengalami kecederaan ringan berikutan tindakan pantas orang ramai membantunya selepas dia tersepit di bawah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam satu kemalangan di sini baru-baru ini.

Mangsa dikenali Veronika, 25, berkata, ketika kejadian, sebuah SUV jenis Mercedes melanggar kakinya di persimpangan Jalan Delancey dan Norfolk di sini, lapor abc7news menurut sumber.

Menurutnya, tindakan pantas orang awam mengangkat SUV tersebut menyelamatkannya daripada mengalami kecederaan serius.

“Saya berada di laluan pejalan kaki apabila sebuah kereta melanggar saya membuatkan kaki saya terperangkap di bawah kereta itu.

“Kedua-dua kaki saya tidak bergerak kerana tersekat pada salah satu tayar kereta itu dan menarik saya beberapa meter dari lokasi asal,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian, dia masih sedar dan hanya teringatkan semua barangan dapurnya bertaburan di jalan.

“Walaupun cermin mata saya pecah dan baju-baju saya juga koyak, namun saya bersyukur kerana dalam kejadian tersebut, saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya bengkak dan benjol sahaja.

"Saya sangat berterima kasih kepada semua yang membantu. Tidak tahu macam mana hendak balas semula jasa mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, pemandu terbabit difahamkan ditahan polis dan disaman kerana cuai menyebabkan kemalangan itu.

Rakaman video aksi orang awam menyelamat wanita itu tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter Colby Droscher yang merakamkan video dari tempat kejadian.

Veronika, 25, tersepit bawah SUV dalam kemalangan di persimpangan Jalan Delancey dan Norfolk
Veronika, 25, tersepit bawah SUV dalam kemalangan di persimpangan Jalan Delancey dan Norfolk

Menurutnya, keadaan ketika itu kelihatan huru-hara di persimpangan disebabkan orang ramai cuba memikirkan apa yang sedang berlaku.

"Semua tiba-tiba, semua orang mula berlari untuk mengangkat kereta dan ketika ramai berada di seberang jalan, mereka menyedari ada sesuatu di bawah SUV itu," katanya.

Tindakan pantas orang ramai menyebabkan seorang wanita hanya mengalami cedera ringan selepas menyelamatkan kakinya tersekat di bawah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), dalam satu kemalangan di sini, baru-baru ini.

Mangsa dikenali sebagai Veronika, 25, berkata ketika kejadian, sebuah SUV jenis Mercedes melanggar kakinya yang berlaku di persimpangan Jalan Delancey dan Norfolk di sini, lapor abc7news menurut sumber.

Menurutnya, tindakan pantas orang awam mengangkat SUV tersebut menyelamatkannya daripada mengalami kecederaan yang serius.

“Saya berada di laluan pejalan kaki apabila sebuah kereta melanggar saya membuatkan kaki saya terperangkap di bawah kereta itu.

“Kedua-dua kaki saya tidak bergerak kerana tersekat pada salah satu tayar kereta itu dan menarik saya beberapa meter dari lokasi asal,” katanya.

Katanya, dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang sanggup membantu dirinya mengeluarkan kakinya daripada tersekat.

Menurutnya, ketika kejadian, dia masih sedar dan hanya teringatkan semua barangan dapurnya bertaburan di jalan.

“Walaupun cermin mata saya pecah dan baju-baju saya juga telah koyak namun saya bersyukur kerana dalam kejadian tersebut saya tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya bengkak dan benjol sahaja.

"Saya sangat berterima kasih kepada semua yang membantu. Tidak tahu macam mana hendak balas semula jasa mereka,” katanya.

Terdahulu, pemandu terbabit difahamkan ditahan polis dan disaman kerana cuai menyebabkan kemalangan itu.

Rakaman video aksi orang awam menyelamat wanita itu tular selepas dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter Colby Droscher yang merakamkan video dari tempat kejadian.

Menurutnya, keadaan ketika itu kelihatan huru-hara di persimpangan disebabkan orang ramai cuba memikirkan apa yang sedang berlaku.

"Semua tiba-tiba, semua orang mula berlari untuk mengangkat kereta dan ketika banyak di seberang jalan menyedari ada sesuatu di bawah SUV itu," katanya.