SkyLuxe On The Park serba mewah

SkyLuxe On The Park siap lebih awal dan akan diserahkan kepada pembeli pada bulan ini.
SkyLuxe On The Park siap lebih awal dan akan diserahkan kepada pembeli pada bulan ini.
A
A
A

PEMBANGUNAN mewah dan berprestij yang dikenali sebagai SkyLuxe On The Park berkonsepkan kediaman dalam taman yang mempunyai sebanyak 447 unit kondominium di sini sedia untuk diserahkan kepada pembeli pada bulan ini.

SkyLuxe On The Park terletak bersebelahan Taman Rekreasi Bukit Jalil dan bertentangan dengan Bukit Jalil Golf & Country Resort yang dibangunkan pemaju SkyWorld itu siap dibina lebih awal daripada yang dijadualkan.

Ketua Pegawai Operasi SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, sebanyak RM6.5 juta diperuntukkan untuk memperindahkan landskap yang meliputi kawasan dalam dan luar bangunan.

Menurutnya, persekitaran hijau dengan suasana mendamaikan amat sesuai untuk penghuni SkyLuxe On The Park bersiar-siar dan beriadah, selain memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Lee Chee Seng
Lee Chee Seng

“SkyLuxe On The Park siap lebih awal dan akan menerima Sijil Pentaksir Kualiti dalam Sistem Pembinaan (QLASSIC).

“Kediaman yang direka dengan konsep landskap menarik ini memenangi pelbagai anugerah, antaranya Pacific International Property Awards, iProperty People’s Choice Award dan StarProperty Award.

“Konsep diilhamkan daripada habitat semula jadi seperti koloni semut, sarang labah-labah, burung dan lebah yang menginspirasikan reka bentuk serta susun atur dalam harta termasuk kawasan permainan kanak-kanak, Sky Garden dan Sky Terrace,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian kepada media selepas meraikan lebih 120 media dan perunding di bangunan kediaman itu di sini malam kelmarin.

Sementara itu, Chee Seng berkata, unit kediaman SkyLuxe On The Park dijual sepenuhnya dan pihaknya bersedia melaksanakan beberapa lagi projek pada masa akan datang.

"Pelaksanaan projek pembangunan mewah pula jika dilakukan pada masa akan datang perlulah mengambil kira lokasi di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur yang melibatkan nilai pembangunan kasar lebih RM11 bilion," katanya.