'Pengundi semua keliru tau, mana mahu undi...'

Pemimpin PH dan BN bergambar bersama di pusat penamaan calon PRK Cameron Highlands di SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, hari ini.
Pemimpin PH dan BN bergambar bersama di pusat penamaan calon PRK Cameron Highlands di SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata, hari ini.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Suasana pusat penamaan calon PRK Cameron Highlands di SMK Sultan Ahmad Shah di sini hari ini meriah dengan kehadiran pemimpin-pemimpin tertinggi PH, BN dan Pas.

Meskipun berbeza pandangan politik, bukanlah penghalang untuk mereka beramah mesra dan bertegur sapa.

Sementara menunggu calon parti masing-masing mengemukakan borang pencalonan, pemimpin-pemimpin ini tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

Malah, suasana mesra itu turut mengundang gurauan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika beberapa pemimpin BN ingin bergambar dengannya.

"Ini pengundi semua keliru tau, mana nak undi ni?," katanya.

PRK Cameron Highlands diadakan setelah kemenangan penyandangnya, Datuk C Sivaraajh dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Artikel Berkaitan: