X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 700 rakyat Korea Selatan dibebaskan dari kuarantin

Foto: AFP
A
A

SEOUL- Seramai 700 warga Korea Selatan yang dibawa pulang dari China ekoran wabak Covid-19, akan dibebaskan daripada kuarantin pada Sabtu dan Ahad, lapor agensi berita Yonhap.

Mereka dikuarantin di dua pusat kemudahan di Asan dan Jincheon, 90 kilometer di selatan Seoul, selama lebih dua minggu.

Mereka diisytiharkan bebas virus itu berdasarkan ujian terakhir yang dibuat pada Khamis dan dibenarkan pulang, menurut Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan.

Mereka tidak memerlukan rawatan susulan, kata kementerian itu.

Sejumlah 366 orang dibawa pulang dari bandar tengah Wuhan pada 31 Januari - 193 ditempatkan di Asan dan 173 di Jincheon - akan dibenarkan pulang pada Sabtu.

Pada Ahad, 333 orang yang tiba pada 1 Februari yang dikuarantin di Asan juga akan dibenarkan pulang.

Kementerian berkata 111 penjawat awam yang ditugaskan di kemudahan itu pula dibenarkan keluar pada Ahad dan Isnin selepas kerja-kerja pembersihan selesai. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!