Covid-19: Niaga emas dijangka terus menarik

Gambar hiasan.Foto: 123rf
Gambar hiasan.Foto: 123rf
A
A
A

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus menarik bagi pelabur dalam persekitaran penularan Covid-19, menjejaskan minat mereka untuk mengambil risiko, kata peniaga.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp Stephen Innes berkata, walaupun emas meningkat berikutan kebimbangan baharu mengenai Covid-19, akhir-akhir ini minat untuk mengambil risiko dilihat meningkat semula dengan cepat.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Lee Pei Wan berkata, pasaran turut menantikan data jualan runcit AS untuk mengukur kedudukan ekonomi.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, bulan semerta Februari 2020 dan Mac 2020, masing-masing naik 34 mata kepada RM208.7 segram, manakala April 2020 dan Mei 2020, masing-masing meningkat 44 mata kepada RM210.10 dan RM210.15 segram.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada lapan lot bernilai RM167,180 daripada sembilan lot bernilai RM186,130 minggu lepas, manakala kepentingan terbuka naik kepada 137 kontrak daripada 134 kontrak sebelum ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: