Datuk Bandar KL turut kena saman

Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan
Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan mendedahkan beliau pernah disaman oleh pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan trafik minggu lepas.

Katanya saman itu dikeluarkan ketika beliau memandu kereta sendiri untuk bertemu saudaranya di sebuah hotel sekitar ibu kota.

"Pada ketika itu hujan lebat, oleh kerana saya mahu cepat saya 'parking' kereta saya di tepi jalan dan di atas garisan kuning.

"Ketika selesai bertemu saudara dan mahu mengambil kereta, saya nampak kereta saya disaman dan penguatkuasa itu tidak tahu itu kereta saya dan akhirnya saya tetap membayar saman sebanyak RM30," katanya kepada pemberita ketika wawancara khas '100 hari Datuk Bandar' di sini baru-baru ini.

Katanya kejadian itu turut mengingatkan beliau dan kakitangan supaya tidak sesekali menyalahgunakan kuasa dalam apa jua keadaan.

"Tiada pengecualian dalam penguatkuasaan, sesiapa yang buat salah mereka tetap akan disaman, macam saya sebagai Datuk Bandar sekali pun turut disaman dan membayar saman seperti mana warga kota lain.

"Saya turut sentiasa mengingatkan kepada kakitangan supaya tegur jika sesiapa membuat sebarang kesilapan, termasuk saya sendiri," katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: