Ibu kejam gantung dua anaknya

Synder (kiri) kini menjalani perbicaraan berdepan pertuduhan membunuh dua anaknya, Conner dan Brinley (kanan) di ruang bawah rumah mereka menggunakan tali kolar anjing.
Synder (kiri) kini menjalani perbicaraan berdepan pertuduhan membunuh dua anaknya, Conner dan Brinley (kanan) di ruang bawah rumah mereka menggunakan tali kolar anjing.
A
A
A

PENNSYLVANIA - Seorang wanita, Lisa Snyder menghadapi pertuduhan membunuh selepas didakwa menggantung dua anaknya dengan menggunakan tali leher anjing dalam kejadian di Pennsylvania, Amerika Syarikat, September tahun lalu.

Anak-anak Snyder, Conner yang berusia lapan tahun dan Brinley berusia empat tahun, ditemukan tergantung di ruang bawah tanah rumah mereka pada September lalu.

Menurut laporan metro.co.uk, kedua-dua anaknya meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Lehigh Valley.

Snyder dituduh menggantung dua anaknya itu dengan tali leher anjing di ruang bawah tanah rumahnya di Albany Township dan dia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Synder mendakwa Conner telah membunuh diri kerana mengalami tekanan akibat sering dibuli di sekolah sebelum membunuh adiknya.

Bagaimanapun keterangan Synder tidak diterima oleh pendakwa raya kerana tiada bukti kukuh anaknya itu bertindak demikian.

"Conner tidak mungkin dapat melakukan ini (gantung diri) secara berseorangan," kata timbalan pendakwa raya.

Artikel Berkaitan:

Conner (kanan) didakwa oleh Synder telah membunuh adiknya, Brinley akibat mengalami masalah tekanan disebabkan dibuli di sekolah.
Conner (kanan) didakwa oleh Synder telah membunuh adiknya, Brinley akibat mengalami masalah tekanan disebabkan dibuli di sekolah.

Peguam wanita itu, Dennis Charles pula mengatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai bukti kukuh untuk membicarakan anak guamnya.

“Mahkamah hanya membuat spekulasi tanpa bukti bahawa Lisa Synder menggantung anak-anaknya,” katanya.

Hakim, Kim Bagenstose bagaimanapun berpendapat bahawa sudah cukup bukti untuk membuat pertuduhan ke atas wanita itu dan mahkamah menetapkan 12 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Selain pertuduhan bunuh, Synder juga berdepan pertuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan dan mengadakan hubungan seks dengan anjing.

Sementara itu, pasukan penyiasat mendapati Synder membuat carian cara menggantung diri di Google serta tempoh seseorang mati setelah terhidu gas karbon monoksida.