Kementerian Sumber Manusia siasat insiden struktur kondominium runtuh

Foto Twitter Bernama
Foto Twitter Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian runtuhan struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang di sini petang tadi.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan, sepasukan pegawai penyiasat daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur dan Putrajaya kini berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan terbabit akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kemalangan.

"Siasatan juga bagi menentukan sama ada terdapat perlanggaran kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 atau di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967.

"Setakat jam 7 malam tadi, pegawai penyiasat JKKP masih menunggu maklumat lanjut daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum melaksanakan proses siasatan lanjut," katanya.

Hari ini tular satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat di media sosial menunjukkan sebahagian bangunan runtuh.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Fauzi berkata, seorang pekerja binaan terselamat manakala seorang lagi terperangkap selepas sebahagian struktur kondominium 38 tingkat yang dalam pembinaan itu runtuh hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Kondominium dalam pembinaan runtuh empat mangsa terperangkap