'Pelajar tulis nama Abam hingga jadi potret'

Setiap lakaran pada kertas itu dihasilkan dengan menulis nama 'Abam' sehingga membentuk sebuah potret
Setiap lakaran pada kertas itu dihasilkan dengan menulis nama 'Abam' sehingga membentuk sebuah potret
A
A
A

BAGI mengubat kesedihan di atas pemergian Allahyarham Abam Bocey, seorang pelajar sekolah menghasilkan sebuah potret pelawak tersebut.

Menariknya, setiap lakaran pada kertas itu dihasilkan dengan menulis nama 'Abam' sehingga membentuk sebuah potret iaitu lukisan wajah pelawak tersebut yang meninggal dunia, Isnin lalu.

Video remaja berkenaan melakarkan potret arwah Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, menjadi tular di media sosial setelah ia dikongsi remaja tersebut menerusi akaun @azimboys24 di aplikasi Tik Tok.

Menerusi video berdurasi 29 saat itu, rata-rata netizen mengagumi lukisan Abdul Azim Mohd Rozahar, 15, bahkan ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar untuk dihasilkan.

"Mesti dia seorang peminat Abam, dari segi lukisannya jelas terserlah keikhlasannya untuk melukis potret artis kesayangannya itu. Kau ada bakat adik. Terus kembangkan bakat yang ada," tulis Safuan Mahmood.

Rashidan Zahir pula memberitahu, "Kagum melihat lukisan Abam Bocey yang dihasilkan oleh lelaki ini. Hanya bermula dengan nama Abam sehingga mampu menjadi wajah Abam. Terbaik!"

Dalam pada itu, Abdul Azim berkata, dia mula melukis potret Abam selepas mendapat berita pemergian pelakon kesayangannya dengan mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyiapkan potret tersebut.

"Saya amat terkejut bila dapat tahu Abam meninggal dunia Isnin lalu dan nekad untuk melukis potretnya. Ini merupakan kali pertama saya melukis menggunakan teknik perkataan walaupun sebelum ini dah banyak kali saya melukis potret.

Artikel Berkaitan:

"Paling susah untuk dilukis adalah pada rambut kerana banyak lakaran hitam seperti 'shading' perlu dilakukan. Saya anggar kira-kira 1,000 nama Abam ditulis bagi membentuk potret wajah arwah,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian melalui DM.

Dalam pada itu, Abdul Azim menanam impian untuk berkongsi potret itu dengan rakan seperjuangan serta sahabat baik Abam iaitu Achey dan Fad Bocey.

"Saya memang berhasrat dan jika berpeluang, saya mahu berikan potret ini kepada Achey atau Fad sebagai kenangan terhadap arwah Abam,"katanya.

@azimboys24

Semoga tenang disana Abambocey #malaysia#abambocey#art#draw#fyp hotfm976 ERA

original sound - ArtIsLife