Penunggang maut motosikal dirempuh kereta

Mayat mangsa ditutup orang awam yang berada di lokasi semasa kejadian. - Foto: Pembaca Gambar kecil: Abdul Rozak
Mayat mangsa ditutup orang awam yang berada di lokasi semasa kejadian. - Foto: Pembaca Gambar kecil: Abdul Rozak
A
A
A

BESUT- Seorang penunggang maut manakala pemboncengnya cedera selepas motosikal mereka dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Bukit Keluang di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, Mohamad Izzul Aman Mohamad, 30, dari Kota Bharu Kelantan yang menunggang motosikal jenis SYM meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala Mohamad Ikhwan Ramli, 21 dyang beralamat di Cherang Ruku Kelantan hanya mengalami cedera ringan di lutut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati, kereta dinaiki dua lelaki yang juga penuntut Politeknik Kota Bharu itu dari arah Kampung Raja menghala ke Bukit Keluang, di sini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi iaitu di pintu hadapan tapak pembinaan Politeknik Besut, kereta jenis Perodua Kancil itu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh motosikal dinaiki kedua-dua mangsa yang ketika itu berada di bahu jalan.

"Akibat rempuhan itu, penunggang motosikal disahkan maut di lokasi kejadian bagaimanapun pembonceng, pemandu kereta serta penumpangnya cedera sebelum dikejarkan ke Hospital Besut untuk rawatan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Artikel Berkaitan: