Kereta terbabas langgar penunggang motosikal

Keadaan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Kerinchi. - Foto: Ihsan JSPT KL
Keadaan kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Kerinchi. - Foto: Ihsan JSPT KL
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal cedera selepas dilanggar sebuah kereta di dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan berhampiran susur keluar Kerinchi, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kemalangan pada jam 2 petang itu berlaku selepas kereta dipandu laju oleh seorang penuntut di sebuah institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) terbabas ke bahagian kiri jalan.

Berikutan itu, beliau berkata, pemandu berusia 20 tahun itu telah melanggar penunggang motosikal jenis Yamaha LC di laluan berkenaan.

"Selepas melanggar penunggang motosikal berkenaan, kenderaan tersebut kemudiannya terbalik di bahagian kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, penunggang motosikal berkenaan yang juga seorang peniaga mengalami kecederaan di bahagian pipi, siku tangan kanan dan lutut.

"Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di zon hijau Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Artikel Berkaitan: