X

Kindly register in order to view this article
!

Tujuh termasuk empat pegawai Iran terbunuh, Israel bom Damsyik

Tujuh termasuk empat pegawai Iran terbunuh selepas Israel mengebom ibu negara Syria, Damsyik. -Foto media sosial
A
A

ANKARA - Tujuh termasuk empat pegawai Iran terbunuh selepas Israel mengebom ibu negara Syria, Damsyik, lapor agensi berita Anadolu.

Serangan bermula pada Khamis malam sehingga Jumaat.

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di London, memetik sumber tempatan, kejadian itu meragut nyawa tiga anggota rejim Syria, termasuk dua pegawai dan empat rakyat Iran.

Peluru berpandu Israel itu menyasarkan kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik.

Serangan dipercayai berlaku selepas pesawat kargo mendarat ke lokasi yang menjadi sasaran.Tidak dapat dipastikan "sama ada pesawat itu tiba dari Iran atau dari kawasan lain di wilayah Syria."

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi oleh pegawai Israel berhubung serangan itu.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!