Kondominium runtuh: DBKL arah kerja pembinaan dihentikan serta-merta

DBKL
DBKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan kerja pembinaan di tapak kondominium di Taman Desa di Jalan Klang Lama dihentikan serta-merta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, tindakan itu diambil di bawah Seksyen 70b Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Menurutnya, pihaknya maklum berhubung kejadian runtuhan sebahagian struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan itu kira-kira jam 3 petang tadi.

"Terdapat dua mangsa dalam runtuhan, satu sudah diselamatkan dan satu lagi masih terperangkap dalam runtuhan.

"Pemaju tersebut diminta memberhentikan sebarang aktiviti serta-merta dari tarikh notis dikeluarkan hari ini," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kegagalan pihak pemaju mematuhi arahan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Terdahulu, sebahagian struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini runtuh petang tadi.

Rakaman video kejadian berdurasi satu minit sembilan saat yang menunjukkan sebahagian bangunan runtuh tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Kondominium-dalam-pembinaan-runtuh-empat-mangsa-terperangkap