Sembilan anggota agensi sesat di Empangan Juasseh ditemukan selamat

Sembilan anggota pelbagai agensi yang sesat di Empangan Juasseh ditemui selamat kira- kira 10 pagi tadi.
Sembilan anggota pelbagai agensi yang sesat di Empangan Juasseh ditemui selamat kira- kira 10 pagi tadi.
A
A
A

SEGAMAT - Seramai sembilan anggota daripada empat agensi kerajaan berusia dari 20 hingga 47 tahun yang sesat berdekatan Empangan Juasseh, Labis, pagi semalam ditemui selamat.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Farizan Mokhtar berkata, empat agensi terbabit ialah Jabatan Perhilitan Johor, Batalion 3 PGA Bidor Perak, Pejabat Hutan Labis dan Perbadanan Taman Negara Johor.

Katanya, 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Labis dan Bandar Baru Segamat ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.30 pagi.

"Pasukan mencari dan menyelamat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu darat dan air. Ketika operasi SAR sedang dilakukan, salah seorang mangsa berjaya menghantar 'latitude & longitude' lokasi sebenar mereka ke Pejabat Perhilitan Juasseh.

"Pasukan SAR ke lokasi kejadian dan semua mangsa ditemui selamat pada jam 10 pagi serta dibawa ke Jeti Empangan Juasseh," katanya menerusi satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: