X

Kindly register in order to view this article
!

Pendaki meninggal dunia akibat sesak nafas di Gunung Basor

Anggota bomba dan penyelamat semasa operasi membawa turun mayat pendaki dari Gunung Basor. Gambar kecil: Zulkifli
A
A

JELI - Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika mendaki Gunung Basor, Kuala Balah di sini kelmarin.

Mangsa, Zulkifli Ibrahim, 43, beralamat di Kota Bharu, meninggal dunia disyaki akibat serangan jantung.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, ketika laporan kejadian dibuat oleh jurupandu pendaki semalam, mayat mangsa masih berada di permatang Gunung Basor pada ketinggian lebih kurang 1,600 meter dan jarak perjalanan mengambil masa lima hingga enam jam.

"Siasatan mendapati mangsa bersama tiga rakannya memulakan perjalanan kelmarin pada jam 12 tengah hari.

"Menurut salah seorang rakannya, pendakian itu bertujuan membuat trek mendaki untuk pelajar universiti.

"Namun, kira-kira jam 7.30 malam, apabila tiba di permatang Gunung Basor, mangsa mengadu sesak nafas dan meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, semalam pada jam 7 pagi, seorang rakannya turun dari Gunung Basor dan membuat laporan di Balai Polis Kuala Balah sementara dua lagi rakan menjaga mayat mangsa.

Katanya, operasi membawa turun mayat mangsa dilakukan hari ini dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jeli.

Anggota bomba dan penyelamat semasa operasi membawa turun mayat pendaki dari Gunung Basor.
Anggota bomba dan penyelamat semasa operasi membawa turun mayat pendaki dari Gunung Basor.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!