X

Kindly register in order to view this article
!

[VIDEO] 'Seram... motosikal bergerak sendiri'

Tangkapan layar video yang memaparkan sebuah motosikal bergerak dengan sendiri sebelum jatuh.
A
A

SHAH ALAM - Rakaman video yang memaparkan kejadian sebuah motosikal bergerak sendiri tanpa penunggang mengundang persoalan netizen, malah ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang menyeramkan.

Kejadian aneh itu dikongsi pengguna Twitter yang memaparkan sebuah motosikal kelihatan bergerak sendiri seolah-olah ditolak oleh seseorang sebelum ia jatuh selepas beberapa saat bergerak.

Jika diperhatikan menerusi video tersebut, rakaman itu jelas menunjukkan tiada sesiapa berada berdekatan motosikal berkenaan ketika kejadian.

Perkongsian video tersebut kini tular dan setakat ini sudah meraih 217,300 tontonan serta 1,700 tanda suka.

Antara komen netizen berhubung kejadian aneh tersebut.
Antara komen netizen berhubung kejadian aneh tersebut.

"Ini betul-betul seram ni. Kalau nak kata angin, kotak itu tak bergerak, yang bergerak cuma motosikal dan cara bergerak juga seolah-olah macam ada yang menolak," tulis David Rasky di Twitter.

Diego Sahron pula berkata, "Macam mana motosikal itu boleh bergerak. Seram bila tengok seorang. Rasa meremang bulu roma."

Dalam pada itu, ada netizen yang menafikan kejadian tersebut mempunyai kaitan dengan paranormal sebaliknya video itu dipercayai telah disunting hingga kelihatan seolah-olah tiada penunggang.

"Aku tak pastilah tapi dari gaya motosikal itu bergerak macam edit sahaja. Kalau betul bergerak, kenapa dia bergerak sedikit demi sedikit. Macam ada yang tak kena dengan video tersebut," tulis Sam Adam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!