X

Kindly register in order to view this article
!

Kempen pilihan raya Iran bermula

Rakyat Iran akan mengundi pada 21 Februari yang menyaksikan sejumlah 290 kerusi Parlimen dipertandingkan. - Foto AFP
A
A

TEHERAN - Kempen pilihan raya Parlimen Iran secara rasmi bermula di seluruh negara semalam, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut sebuah majlis yang bertanggungjawab mengawal selia perlembagaan Iran dan memeriksa latar belakang calon, lebih 7,000 calon dibenarkan untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan diadakan pada Februari itu.

Rakyat Iran akan mengundi pada 21 Februari yang menyaksikan sejumlah 290 kerusi Parlimen dipertandingkan.

Hampir 58 juta warga Iran layak mengundi pada pilihan raya ke-11 itu.

Daripada jumlah keseluruhan pengundi layak, 50.13 peratus terdiri pengundi lelaki.

Dua kem utama, iaitu reformis dan kerajaan telah mengeluarkan senarai calon masing-masing.

Minggu lalu, Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menggesa rakyat Iran untuk turut sama dalam pilihan raya akan datang.

Beliau juga menasihatkan institusi media dan pegawai Iran tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menghalang rakyat pergi mengundi.

Katanya, pihak musuh sengaja membesar-besarkan isu pertikaian untuk menentang Iran.

Justeru, pemimpin tertinggi Iran itu menyeru rakyat beramai-ramai keluar mengundi kerana ia boleh mengecewakan musuh.

Menurut televisyen negara, pilihan raya Parlimen dan pilihan raya pertengahan penggal dewan ulama akan diadakan serentak pada 21 Februari. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus