Foto dua tikus bergaduh menang anugerah fotografi

Foto bertajuk 'Subway Squabble' hasil bidikan Sam Rowley memenangi anugerah Wildlife Photographer of The Year's People Choice Award. -Foto: Sam Rowley
Foto bertajuk 'Subway Squabble' hasil bidikan Sam Rowley memenangi anugerah Wildlife Photographer of The Year's People Choice Award. -Foto: Sam Rowley
A
A
A

LONDON - Gambar dua ekor tikus sedang bergaduh antara satu sama lain di platform kereta api bawah tanah di London berjaya memenangi anugerah utama pada pertandingan Wildlife Photographer of The Year.

Foto bertajuk Subway Squabble hasil bidikan Sam Rowley memenangi anugerah Wildlife Photographer of The Year's People Choice Award yang merupakan acara tahunan diadakan oleh Muzium Sejarah Alam di London.

Menurut laman web muzium tersebut dalam satu kenyataan memberitahu, Rowley telah menghabiskan masanya untuk menangkap gambar di sistem Metro London selama lima malam di mana kira-kira dua juta pengguna menggunakannya setiap hari.

"Dia memerhatikan dua ekor tikus sedang berjalan ke arah cebisan makanan yang kecil sekali gus mengambil sekeping gambar ketika haiwan berkenaan bergaduh berebut makanan tersebut.

"Foto itu kemudiannya dihantar untuk pertandingan Wildlife Photographer of The Year dan turut disenarai pendek di antara 25 gambar yang terpilih dan berjaya mengalahkan sebanyak 48,000 foto lain.

"Dengan meraih lebih daripada 28,000 undi, Subway Squabble kemudian terpilih memenangi anugerah tersebut," lapor CBS News.

Dalam pada itu, Rowley berkata, beliau teruja dan tidak menyangka akan memenangi anugerah tersebut.

"Terowong kereta api adalah tempat di mana pelbagai kehidupan dan ragam manusia dapat dilihat.

Artikel Berkaitan:

"Saya amat gembira kerana berjaya memenangi anugerah ini kerana amat sukar untuk memperolehnya," katanya.