KPDNHEP Kelantan rampas barang tiruan jenama antarabangsa

Anggota KPDNHEP Kelantan merampas pelbagai jenis barangan tiruan berjenama antarabangsa dianggarkan berjumlah RM16,000 dalam Op Jeriji.
Anggota KPDNHEP Kelantan merampas pelbagai jenis barangan tiruan berjenama antarabangsa dianggarkan berjumlah RM16,000 dalam Op Jeriji.
A
A
A

PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas pelbagai jenis barangan tiruan berjenama antarabangsa dianggarkan berjumlah RM16,000 dalam Op Jeriji di sini semalam.

Serbuan jam 12 tengah hari itu yang dilakukan bersama anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Pengkalan Kubor turut menahan seorang lelaki yang merupakan pemilik kepada barangan tersebut.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan bawah Seksyen 102 (c) Akta Cap Dagang 2019.

"Hasil pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas premis berkenaan membawa kepada penemuan jersi jenama antarabangsa sebanyak 1,469 helai.

"Kita turut merampas 142 seluar pendek jenama antarabangsa dan 25 pasang stoking pelbagai saiz," katanya.

Menurutnya, pendakwaan akan dijalankan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Azanizam Affendi berkata, dalam operasi pertama di Wakaf Bharu Tumpat pihaknya telah menahan seorang lelaki warga emas di bawah Seksyen 102 (c) Akta Cap Dagang 2019.

Katanya, ia melibatkan nilai rampasan berjumlah RM1,100 iaitu baju, seluar dan stoking jenama antarabangsa.

Artikel Berkaitan: