X

Kindly register in order to view this article
!

Unifi tawar internet laju tanpa had

Shu Wei (dua dari kiri) bersama Sherene Azli (dua dari kanan), Rozlan (kiri), Emily (kanan) dan Jake (tengah) pada majlis kerjasama memperluaskan unifi Travel Pass bagi Tahun Melawat Malaysia 2020 di Kuala Lumpur semalam. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A

UNIFI berkolaboratif bersama Tourism Malaysia, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Menara KL dan penyedia jualan dalam talian, Klook dan Fave bagi memperkenalkan sim pasca bayar kepada pelancong asing iaitu unifi Travel Pass.

Ketua Pemasaran, Komersial Telekom Malaysia Berhad (TM), Lai Shu Wei berkata, unifi Travel Pass menawarkan akses tanpa had internet berkelajuan tinggi dan dilengkapi penawaran tambahan yang akan memberikan pengalaman menarik kepada pelancong.

Menurutnya, unifi Travel Pass didatangkan dengan dua pilihan tempoh sah iaitu Travel Pass tujuh hari pada harga RM30 dan Travel Pass untuk 15 hari pada harga RM60, kedua-duanya dengan data berkelajuan tinggi (4G LTE atau 3G).

“Ia membolehkan pelanggan kami mengakses tanpa had ke lebih 8,000 WiFi hotspot di seluruh negara menerusi [email protected] dan hiburan tanpa had sepanjang percutian mereka menerusi [email protected] yang menawarkan penstriman digital langsung dan in-demand daripada saluran tempatan dan antarabangsa.

“Sim Travel Pass juga turut menawarkan nilai panggilan berjumlah RM5 dan panggilan keluar pada kadar 20 sen seminit atau menghantar satu pesanan khidmat ringkas (SMS) pada kadar 10 sen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis mengumumkan kerjasama untuk memperluaskan unifi Travel Pass bagi menyokong Tahun Melawat Malaysia 2020 di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherena Azli; Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Rozlan Mohamed; Ketua Pemasaran Klook di Malaysia, Emily Tan dan Pengarah Urusan Fave, Datuk Jake Abdullah.

Shue Wei berkata, kerjasama itu adalah kesinambungan daripada kolaboratif yang dimeterai pada Januari di antara Tourism Malaysia dan TM yang menjadi rakan telekomunikasi strategik untuk Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Internet merupakan keperluan yang melengkapi industri pelancongan. Pelancong masa kini bukan sahaja bergantung kepada telefon pintar untuk meneroka dan membuat panduan ke tempat menarik, mencari dan menempah perkhidmatan, malah mereka juga berkongsi pengalaman lawatan bersama keluarga.

“Dengan adanya akses internet berkualiti tinggi tanpa halangan, kami menawarkan sambungan yang lancar kepada pelancong luar negara untuk mempromosikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan terbaik bertepatan dengan peranan kami ke arah merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara digital,” katanya.