Empat maut nahas kereta, treler

No Image Caption
A
A
A
SUNGAI SIPUT - [DIKEMASKINI] Empat individu termasuk seorang bayi dilaporkan maut dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Sungai Siput berhampiran Kampung Salak Stesyen di sini sebentar tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.26 malam.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki lima individu dan sebuah treler.

“Mangsa merupakan dua wanita, seorang lelaki dan seorang bayi. Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan cedera parah,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan.
Artikel Berkaitan: