The Red Warrior perkenal pemain esok

Faizal Hasbi
Faizal Hasbi
A
A
A

SATU majlis memperkenalkan pemain The Red Worrior (TRW) bersama kelab penyokong pasukan itu akan diadakan di Studio F, Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) esok.

Majlis dijangka berlangsung pada jam 10 pagi itu juga bakal memperkenalkan pengurusan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada kelab penyokong pasukan itu.

Presiden Kelab Penyokong The Red Worrior Lembah Klang, Faizal Hasbi berkata, majlis berkenaan disifatkan peluang terbaik buat kelab penyokong TRW untuk beramah-mesra dengan pemain serta pengurusan pasukan berkenaan.

"Pelaksanaan program ini dapat membina satu hubungan mesra antara semua pihak bagi memastikan sokongan buat TRW pada tahun ini lebih meriah, sekali gus dapat menarik penyokong ke stadium dan mengukuhkan lagi kewangan Kafa," katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, majlis tersebut adalah inisiatif Pakatan Darul Naim, Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan Lembah Klang, Gabungan Kelab-Kelab Penyokong Kelantan (Gempita) dan Kafa.

Menurutnya, kehadiran kelab penyokong dari seluruh Malaysia sewaktu majlis berkenaan nanti bakal menjadi pencetus kepada kebangkitan semula TRW pada musim ini.

"Kita mahu semua penyokong merasa aura pemain baharu TRW bagi membangkitkan suasana menjelang pembukaan musim di samping merapatkan hubungan antara satu sama lain," katanya.

Dalam pada itu, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung majlis berkenaan boleh berhubung terus dengan Faizal di talian 013-2128290.

Artikel Berkaitan: