X

Kindly register in order to view this article
!

Ke mana hilang rasa kasih sayang kita?

kasih sayang
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A

JIKA dilihat pada tarikh hari ini, pasti ramai yang tahu ia merupakan tarikh kematian seorang paderi dari Rom yang bernama Valentine.

Sambutan memperingati kematian beliau akhirnya bertukar menjadi satu sambutan bagi meraikan kasih sayang di antara orang yang tercinta namun awas, sambutan tersebut haram di sisi Islam.

Jika sudah diharamkan, usahlah kita beria-ia hendak melanggarnya. Jika benar hendak meraikan orang yang kita sayang sama ada pasangan atau ibu bapa atau sesiapa sahaja, lakukannya pada setiap masa. Bukan hanya pada 14 Februari sahaja.

Cara nak meraikan mereka tidak hanya dengan pemberian bunga atau coklat sahaja, boleh juga cuba cara yang lebih ekonomik seperti tolong basuh pinggan mangkuk selepas selesai pasangan kita memasak.

Anda pastinya tidak dapat mengagak betapa rasa bersyukur pasangan anda jika anda berbuat demikian.

Nampak mudah tetapi tanpa anda sedar impaknya sangat besar dan boleh menyebabkan kasih sayang pasangan anda terhadap anda makin melimpah ruah.

Jika tidak percaya, cubalah.

Baru-baru ini, sepasang suami isteri di utara tanah air direman bagi membantu siasatan kes dera anak perempuan mereka berusia 11 tahun.

Ketika kanak-kanak itu ditemui pihak polis, mata mangsa bengkak dan terdapat lebam di muka serta seluruh badannya dipercayai akibat dipukul menggunakan topi keledar dan batang kayu.

Menurut polis, kanak-kanak terbabit hampir tidak dapat membuka matanya ketika dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Di manakah perginya nilai kasih sayang dan kemanusiaan kita? Takkan perasaan itu hanya lahir atau diterjemahkan pada tarikh-tarikh tertentu sahaja.

Tepuk dada tanyalah selera.