[VIDEO] 'Sumpah aku tak kuat...'

Video yang telah dikongsikan oleh Fad menerusi laman Instagram tular di media sosial yang meraih 491,977 tontonan.
Video yang telah dikongsikan oleh Fad menerusi laman Instagram tular di media sosial yang meraih 491,977 tontonan.
A
A
A

DUA hari selepas pemergiannya, namun kehilangan Abam Bocey masih dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia apatah lagi apabila membaca kisah-kisah kebaikan Allahyarham dan kematiannya yang disifatkan sebagai kematian yang dicemburui.

Kisah kebaikan, kasih sayang Allahyarham kepada ibu, adik-beradik, sahabat handai, kemurahan hatinya membantu insan-insan memerlukan membuatkan ramai di luar sana terinspirasi malah tidak kurang yang 'cemburu' melihat pengakhiran hayat insan bernama Abam.

Jika mereka yang jauh turut berasa sedih dan kehilangan, apatah lagi buat mereka yang sentiasa dekat dengan arwah Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, ini.

Rakan baik Allahyarham, Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Mohd Nizam ternyata masih sukar menerima kehilangan rakan seperjuangannya itu yang pergi menghadap Ilahi ketika dia bersama keluarga sedang bercuti di Jepun.

Lebih memilukan, sambutan hari jadi Fad yang ke-29 jatuh pada tanggal 13 Februari, dua hari selepas pemergian sahabat tersayang.

"Aku kecik hati dengan kau, hari jadi kau aku wish tau, kau tak wish hari jadi aku ya sebab setiap tahun kau tak pernah terlepas ingat tarikh lahir aku. Kau pergi pun dekat tarikhnya dengan hari lahir aku, sumpah aku tak kuat," tulis Fad pada perkongsian di Instagramnya.

Fad memuat naik video kejutan hari lahir yang dibuat secara kecil-kecilan oleh isterinya dan ahli keluarga Allahyarham di kediaman arwah selepas kenduri tahlil.

"Alhamdulillah, bertambah setahun usia ku, tetapi ulang tahun kali ni terlalu lain untuk aku bam, aku sambut dekat rumah kau tanpa ada kelibat kau, aku sambut tanpa ada ucapan dan pelukan dari kau.

Artikel Berkaitan:

"Saya mohon hadiah hari jadi saya, tolong hadiahkan al-Fatihah dan doa buat sahabat saya Syed Umar Mokhtar atau Abam," tulisnya lagi.

Tangkapan layar video memaparkan Fad sebak menyambut hari jadi tanpa Abam di sisinya. Antara reaksi netizen yang bersimpati dengan keadaan yang menimpa diri Fad dan mendoakan agar dia kuat menghadapi pemergian rakan yang amat disayanginya itu.
Tangkapan layar video memaparkan Fad sebak menyambut hari jadi tanpa Abam di sisinya. Antara reaksi netizen yang bersimpati dengan keadaan yang menimpa diri Fad dan mendoakan agar dia kuat menghadapi pemergian rakan yang amat disayanginya itu.

Dalam pada itu, menerusi video berkenaan, kata-kata yang diungkapkan oleh adik arwah, Ali Puteh membuatkan netizen sebak.

"Aku, arwah Abam dan Achey sayang kau tapi sekarang dia dah tiada, dia dah pergi. Aku dengan Achey sahajalah adik-beradik yang tinggal. Dia janji dia nak sambut hari jadi kau tapi dia tiada, aku yang buat untuk kau," katanya.

Sementara itu, video yang telah dikongsikan oleh Fad menerusi laman Instagram tular di media sosial yang meraih 491,977 tontonan.

Netizen bersimpati dengan keadaan yang menimpa Fad dan mendoakan dia kuat menghadapi pemergian rakan yang amat disayanginya itu.

"Selamat hari jadi Fad...semoga tabah dan kami doakan semoga Fad terus berjaya dan rezeki melimpah luah di samping diberkati ALLAH serta sentiasa dalam keadaan sihat," tulis emyliadac di Instagram.

Alhamdulillah,bertambah setahun usia ku,tp ulang tahun kali ni terlalu lain utk aku bam,aku sambut kat rumah kau tanpa ada kelibat kau,aku sambut tanpa ada ucapan dan pelukan dari kau,aku kecik hati dengan kau,birthday kau aku wish tauu,kau tak wish birthday aku ye,sbb setiap tahun kau tak pernah miss ingt tarikh lahir aku,kau pergi pon dekat tarikhnye dgn hari lahir aku,sumpah aku tak kuat..terima kasih isteri tercinte @syaheeraarahman ,terus kuat di belakang ddy,tegur sy kalau sy down..i love u so much,utk adik beradik aku @acheykintangkintung @aliputeh89 ,aku syg korg,jgn pernah tinggalkan aku ye,utk sahabat2 yg hebat @anne_achey @pojie.pidon @syukkicuk @shakroolniezamshah @norazmihasan @melatifitri_ terima kasih utk kenangan indah ini,terima utk anda semua yg sentiasa mendoakan sy juga,sy doakan yg baik2 juga utk kamu semua,SY MOHON HADIAH BIRTHDAY SY,TOLONG HADIAHKAN AL FATIHAH DAN DOA BUAT SAHABAT SY SYED UMAR MOKHTAR@ABAM #kitabaikramaisayang

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on Feb 12, 2020 at 11:07pm PST