X

Kindly register in order to view this article
!

Pesakit meninggal dunia di hospital Pulau Pinang bukan sebab Covid-19

Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pesakit yang meninggal dunia di sebuah hospital di Pulau Pinang bukan disebabkan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pesakit berkenaan meninggal dunia disebabkan “Septic shock with multiorgan failure complicated with cardiogenic shock”.

Menurutnya, pesakit tersebut mempunyai masalah kesihatan kronik dan masih dalam rawatan susulan.

"Pesakit berkenaan telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital berkenaan pada Selasa lalu disebabkan batuk dan bengkak pada kedua-dua belah kakinya.

"Dia dimasukkan ke wad dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan kesihatannya yang semakin merosot sebelum meninggal dunia semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sampel klinikal telah diambil untuk ujian saringan jangkitan Covid-19 berikutan pesakit dimasukkan ke ICU dan mempunyai dapatan radang paru-paru.

"Sampel klinikal pesakit telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk ujian pengesanan dan pengesahan bagi Covid-19, keputusan makmal mengesahkan ianya negatif wabak itu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus