Sembilan ditahan buat kecoh di balai polis!

No Image Caption
A
A
A

PORT DICKSON - [DIKEMASKINI] Sembilan lelaki ditahan selepas membuat kecoh dan bergaduh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson malam tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 33 tahun itu ditahan kerana kesalahan merusuh, menghalang penjawat awam menjalankan tugas, membuat ugutan jenayah terhadap anggota polis dan berkelakuan tidak senonoh.

Menurutnya, kejadian itu berlaku selepas kumpulan lelaki yang dipercayai mabuk bertindak memecahkan cermin kenderaan milik seorang lelaki lain dengan menggunakan parang di Taman Port Dickson Utama.

"Rentetan daripada pergaduhan itu telah berlarutan sehingga ke pekarangan IPD Port Dickson mengakibatkan semuanya ditahan," katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati lima daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau jenayah dan narkotik manakala seorang daripadanya positif dadah jenis methamphetamine.

"Dua daripada mereka juga gagal mengemukakan pengenalan diri semasa diperiksa polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506/186/148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967. Kesemua direman tiga hari sehingga Jumaat ini di lokap Balai Polis Port Dickson," katanya.

Artikel Berkaitan: