Geng Banker Suria didalangi warga Indonesia tumpas

Shafa'aton menunjukkan antara peralatan yang dirampas susulan tumpasnya Geng Banker Suria dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada 4 Februari sehingga 12 Februari.
Shafa'aton menunjukkan antara peralatan yang dirampas susulan tumpasnya Geng Banker Suria dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada 4 Februari sehingga 12 Februari.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Modus operandi Geng Banker Suria terbongkar selepas polis menahan enam individu termasuk seorang wanita di sekitar Lembah Klang dalam Ops Rentap berasingan di sekitar Lembah Klang bermula 4 Februari sehingga 12 Februari.

Mereka dikatakan datang ke bank untuk melakukan urusan tetapi sebenarnya 'memantau' mangsa yang membuat pengeluaran wang yang banyak sebelum bertindak menyamunnya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, tangkapan pertama dilakukan di Batu Caves membabitkan seorang lelaki Indonesia.

"Susulan itu, polis menahan seorang lelaki Indonesia dan warga tempatan masing-masing di Kampung Sungai Chinchin dan Kampung Sungai Choh Rawang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh hari ini.

Menurutnya, soal siasat turut membawa kepada penahanan seorang lelaki Indonesia di Stesen LRT Taman Melati sebelum menahan dua lagi suspek warga Indonesia termasuk seorang wanita di stesen minyak Batu 5, Jalan Gombak.

Beliau memberitahu, polis percaya geng itu terlibat menyamun wanita berusia 41 tahun pada 8 Januari lalu menyebabkan mangsa kerugian RM69,700.

Katanya, mangsa mengeluarkan wang syarikat di sebuah Bank di Bandar Baru Sungai Buloh sebelum didatangi tiga lelaki menaiki kereta Perodua Bezza ketika berada di hadapan kilang di Jalan Utarid U5/14, Seksyen U5, Shah Alam.

"Polis juga percaya suspek turut menaiki teksi untuk mengekori mangsa sebelum sebuah kereta Perodua Bezza datang dan menghalang kereta dibawa mangsa," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, penjenayah itu didalangi suspek warga Indonesia yang juga pemastautin tetap berusia 54 tahun dan dipercayai aktif sejak 2015 sebelum berhenti dan kembali melakukan jenayah sama tahun lalu.

"Polis berjaya menyelesaikan empat kes di sekitar Lembah Klang membabitkan kerugian RM154,700 melalui tangkapan semua suspek berusia lingkungan 34 hingga 57 tahun itu.

"Mereka kini direman sehingga 17 Februari untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.