Stevilla tundukkan Juventus

Barisan pemain Stevilla FC (duduk) bergambar bernama pasukan lawan sebelum mula beraksi.
Barisan pemain Stevilla FC (duduk) bergambar bernama pasukan lawan sebelum mula beraksi.
A
A
A

PASUKAN Stevilla muncul juara Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Banjir Felda Chalok Barat (FCB) setelah menundukkan pasukan Juventus menerusi penentuan sepakan penalti 4-3.

Kejohanan berlangsung di Padang Awam FCB itu diheret ke penentuan sepakan penanti setelah keputusan terikat seri 1-1 hingga ke wisel penamat.

Terdahulu, dalam aksi babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan dalam menamatkan kebuntuan gol bagaimanapun gagal menemui penyudah yang berbisa.

Bersambung babak kedua, Stevilla yang memperkemaskan rentak permainan akhirnya berjaya membuka tirai jaringan menerusi rembatan kemas Faiz Zubir sekali gus mendahului kedudukan 1-0.

Jaringan itu bagaimanapun tidak memudarkan semangat juang Juventus apabila bangkit menjaringkan gol penyamaan 1-1 sebelum mengheret perlawanan ke penentuan penalti apabila masing-masing gagal menambah jaringan sehingga tamat perlawanan sebenar.

Kapten Stevilla FC Azhar Mohamad bersama hadiah kemenangan pasukan.
Kapten Stevilla FC Azhar Mohamad bersama hadiah kemenangan pasukan.

Rezeki ternyata lebih memihak kepada Stevilla apabila berjaya memanfaatkan peluang terakhir menerusi sepakan penalti untuk membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, medal serta hamper.

Hadiah kepada para pemenang kejohanan anjuran Majlis Belia Felda Malaysia FCB dan Kami Anak Felda (Kaf) FCB itu disempurnakan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengerusi Kaf FCB, Shamsuddin Abdullah berkata, kejohanan tahunan pada musim tengkujuh itu melibatkan penyertaan keseluruhan 12 pasukan.

"Penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta penduduk setempat termasuk kontraktor dan badan bukan kerajaan.

"Sasaran awal kita ialah bermain dalam keadaan hujan sebagaimana tahun-tahun sebelum ini namun kebetulan pada hari kejohanan, keadaan cuaca baik. Bagaimanapun program tetap meriah," ujarnya.