Rebut kekasih: 12 pelajar direman bantu siasatan kes pukul

Laporan Sinar Harian semalam.
Laporan Sinar Harian semalam.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis menahan reman 12 pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes pukul dalam pergaduhan dipercayai gara-gara berebut cinta seorang pelajar perempuan sebaya di sebuah sekolah di Pasir Mas semalam.

Kesemua mereka suspek berusia antara 15 hingga 17 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini hingga 16 Februari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, gerakan mengesan kumpulan pelajar tersebut dilancarkan selepas menerima laporan daripada mangsa yang berusia 15 tahun pada jam 2.30 petang semalam,

“Sembilan pelajar ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sekolah terbabit pada sebelah petang, dua ditahan di rumah masing-masing manakala seorang hadir menyerah diri di Balai Polis Pasir Mas.

“Ujian saringan urin turut dilakukan, namun semuanya negatif dan mereka bebas penagihan dadah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, polis akan menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan dengan segera untuk dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

“Saya berharap kejadian sebegini tidak berlaku lagi terutama dalam kalangan pelajar sekolah dan pihak polis akan mengambil tindakan tegas jika ia masih berulang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pasir Mas dipukul sekumpulan 12 pelajar lelaki iaitu 11 dari sekolah sama, manakala seorang lagi dari sekolah lain.

Kejadian dipercayai berpunca kerana berebut cinta pelajar perempuan sebaya hingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan lebam di muka, kepala dan beberapa anggota badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibelasah angkara cinta monyet!