Spiderman kutip sampah di jalan, tepi pantai

Hartono memakai kostum Spiderman bagi memupuk orang ramai untuk mengutip sampah dan menjaga kebersihan kawasan sekitar. - Foto Reuters
Hartono memakai kostum Spiderman bagi memupuk orang ramai untuk mengutip sampah dan menjaga kebersihan kawasan sekitar. - Foto Reuters
A
A
A

PAREPARE - Tindakan seorang pekerja kafeteria, Rudi Hartono yang memakai kostum adiwira terkenal, Spiderman ketika mengutip sampah di jalanan dan pantai menarik perhatian ramai.

Menjadi rutin harian Hartono, 36, untuk melakukan kerja itu di sekitar kawasan Parepare, Sulawesi Selatan sebelum syif kerjanya bermula pada jam 7 petang, lapor Reuters

Hartono berkata, dia mengambil inisiatif tersebut untuk mendidik penduduk supaya menjaga kebersihan.

"Usaha mengutip sampah yang dilakukannya itu pasti tidak diendahkan orang ramai jika saya tidak memakai kostum adiwira tersebut.

“Pada mulanya, saya mengutip sampah tanpa memakai kostum ini dan langsung tidak menarik minat orang ramai, namun selepas memakai kostum ini, ia mula mendapat sambutan luar biasa orang ramai,” katanya.

Hartono memakai kostum Spiderman bagi memupuk orang ramai untuk mengutip sampah dan menjaga kebersihan kawasan sekitar. - Foto Reuters
Hartono memakai kostum Spiderman bagi memupuk orang ramai untuk mengutip sampah dan menjaga kebersihan kawasan sekitar. - Foto Reuters

Katanya, kostum Spiderman itu pada asalnya hanya bertujuan untuk menghiburkan anak saudaranya sebelum menjadi perhatian orang ramai di bandar itu.

“Saya harap kerajaan akan melakukan lebih banyak inisiatif untuk membersihkan sampah dan perketat peraturan pengurusan sisa termasuk penggunaan plastik beg.

Artikel Berkaitan:

“Perkara paling penting adalah mengurangkan sisa plastik kerana bahan itu sukar dilupuskan,” katanya.

Sementara itu, penduduk setempat, Saiful Bahri berkata, dia kagum dengan inisiatif dilakukan pemuda itu.

“Kita perlukan contoh kreatif seperti ini bagi mendekatkan lagi diri masyarakat supaya turut aktif terbabit dalam melindungi dan menjaga alam sekitar,” katanya.