Geng pecah rumah ditangkap

Nik Ros Azhan (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas dari kumpulan berkenaan.
Nik Ros Azhan (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas dari kumpulan berkenaan.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Tiga lelaki yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Selangor berjaya diberkas polis dalam serbuan berasingan di Kulim, Kedah semalam.

Dalam serbuan pertama dua lelaki berusia 34 dan 43 tahun ditahan dalam sebuah kereta di Taman Angsana, Kulim jam 8.30 malam sebelum menyerbu sebuah lagi rumah di Taman Jati, Kulim.

Menurutnya, dalam serbuan di rumah itu polis menahan seorang lagi lelaki berusia 34 tahun yang juga dalang utama geng tersebut dan merampas pelbagai barangan dipercayai hasil kegiatan pecah rumah yang disimpan di rumah berkenaan dan peralatan seperti kuku besi, spanar serta playar digunakan untuk jenayah tersebut.

"Antara yang dirampas polis dalam serbuan itu ialah alkohol pelbagai jenama, barangan kemas, jam berjenama, komputer riba, kamera digital, barangan elektrik dan wang tunai sebanyak RM2,200. Semua barangan yang dirampas itu bernilai RM100,000," katanya pada sidang media di sini semalam.

Nik Ros Azhan berkata, siasatan awal mendapati modus operandi geng itu ialah memecah masuk rumah orang kaya atau mewah dan menjalankan kegiatan berkenaan pada siang hari iaitu ketika pemiliknya keluar bekerja.

Katanya, mereka yang hidup berpindah randah kerana menjalankan kegiatan jenayah itu terlibat sekurang-kurangnya 19 kes jenayah di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor sejak dua bulan lepas.

"Mereka akan pergi ke satu negeri ke negeri lain dan menyewa di sana untuk menjalankan kegiatan pecah rumah, siasatan polis setakat ini geng itu terlibat 19 kes jenayah namun kami percaya lebih banyak lagi kes mereka terlibat.

"Semakan dibuat mendapati dua daripada tiga lelaki itu mempunyai 17 dan 34 rekod lampau berkaitan jenayah terutama pecah rumah serta dadah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ketiga-tiga lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.