X

Kindly register in order to view this article
!

Akibat dendam, cikgu ditetak tiga lelaki bertopeng

Kawasan rumah mangsa yang ditetak di Taman Sri Impian semalam.
A
A

KLUANG - Seorang guru parah selepas dipercayai ditetak di hadapan rumahnya disyaki akibat dendam di Taman Sri Impian di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, guru berusia 37 tahun itu diserang ketika keluar untuk ke tempat mengajar di sebuah sekolah menengah pada jam 7.13 pagi.

“Berdasarkan saksi yang juga jiran, mangsa dipercayai ditetak tiga lelaki yang menaiki kereta Perodua Myvi putih.

“Ketiga-tiga suspek memakai topeng muka dan menggunakan parang menetak mangsa beberapa kali di bahagian kepala, tangan dan kaki," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kesan darah mangsa yang ditetak di Taman Sri Impian Kluang di sini semalam.
Kesan darah mangsa yang ditetak di Taman Sri Impian Kluang di sini semalam.

Katanya, akibat kejadian itu, mangsa kini sedang dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK).

“Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor turut dipanggil untuk membantu siasatan di tempat kejadian dan berjaya mengesan dua cap jari dan juga mengambil sampel darah.

"Punca kejadian masih dalam siasatan, namun polis percaya ia bermotifkan dendam berdasarkan kepada barang mangsa yang tidak diambil suspek," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!